Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

17 March, 2008

Puteri Balqis

Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

16 March, 2008

Relaxjap

TIDAK dinafikan, sudah diketahui umum bahawa syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat al-Quran bermaksud:

¡§Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barang siapa yang mensyirikkannya dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah daripada syirik.¡¨ (An-Nisa: 48)

Namun, selepas memikirkan berkali-kali baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali segera menghebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.

¡§Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.



¡§Keadaan mereka yang demikian itu disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

¡§Orang-orang yang sudah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti (daripada mengambil riba), maka baginya apa yang diambilnya dulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) pada Allah.

¡§Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.¡¨ (Al-Baqarah: 275)

Itulah ngerinya hukuman Allah SWT terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba selepas pengharamannya. (rujuk www.zaharuddin.net untuk kefahaman lanjut mengenai riba)

Cuba kita sama-sama renung petikan penutup ayat yang bermaksud:

¡§Orang yang mengulangi (mengambil riba) adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.¡¨

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut:

¡§Lafaz ¡§barang siapa mengulangi¡§ ertinya kembali terbabit dengan riba hingga terjebak dalamnya walaupun selepas datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras.¡¨ (Tafsir al-Quran Al-¡¥Azim, 1/328)

Berdasarkan dalil hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung di dalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka.

Kemudian mereka akan dikeluarkan daripadanya dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36)

Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas, lima jenis syafaat diberi kepada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak, iaitu (Syarah Sohih Muslim, 3/36):

* Memberi tenang dan rehat daripada hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad SAW.

* Memasukkan seseorang ke syurga tanpa hisab. Peruntukan syafaat ini juga untuk Nabi Muhammad SAW.

* Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

* Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke syurga, kecuali yang mati dalam keadaan kafir.

* Peningkatan darjat di syurga supaya mendapat tahap syurga yang lebih baik.



Sedarkah?

Namun, sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba selepas pengharamannya, lalu jatuh kafir mereka.

Tatkala itu, matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar daripada senarai mereka yang boleh mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. Berhati-hatilah dan wajib bagi semua Muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba.

Kita bimbang ketidakpedulian itu satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh menjatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka.

Nabi juga tiada peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi apabila beliau menghuraikan maksud ¡¥orang yang kembali¡¦ dalam ayat di atas sebagai:

Erti ayat ¡¥barang siapa yang kembali¡¦ bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka jadi kafir. (Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang pada zaman ini untuk berubah daripada pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insurans riba, skim riba, pelaburan riba, lebih mahal, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi tidak wajar sama sekali wujud dalam hati individu yang bernama mukmin muslim.

Itu pun jika ingin selamat di akhirat, jika tidak, tunggulah bila waktunya tiba.