Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

07 November, 2008

Kayakinanku

KEYAKINANKU…..
Ke manakah keyakinanku,
Adakah hilang dalam maya,
Hilangnya keyakinanku…..
Diibaratkan hilangnya semangatku,
Bagaikan burung patah sayap,
Kembalikan lah keyakinanku,
Untukku menempuh dugaan hidup ini.
Tapi keyakinan ku telah hilang,
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku perlu bangkit semula
Kerana perjuanganku belum selesai
Tapi mampukah aku….
Jika keyakinan telah kembalikan,
Aku takut hilang pedoman,
Kerana terlalu yakin,
Akhirnya aku juga yang hilang arah tujuan.
Aku perlu kuatkan diri,
Tabahkan hati,
Demi keluarga dan insan yang ku sayang,
Jika tidak…
Pasti mereka kecewa dengan sikapku,
Ya Allah,Kau tetapkanlah keyakinan dalam diriku,
Akan ku bina benteng keimanan,
Agar aku dapat meneruskan hidup ini
Tanpa rasa takut dan kecewa…

Selamat Tinggal

Hai SAHABAT!
Lupakan aku
Tinggalkan aku
Pergi jauh dariku
Usah kau tambahkan lagi duka
Yang kian bernanah di hatiku
Tak tertanggung lagi rasanya
Sakitku ini
Aku ibarat ada dalam tiada
Hadirku tak beri makna
Kita jauh walaupun dekat
Kita terpisah walaupun hampir
Jalinan kita kian longgar simpulannya
Kemesraan kita kian hilang serinya
Usah pedulikan aku
Pandailah aku membawa diri
Biarlah ku cari ketenanganku sendiri
Cuma satu yang ku pinta
Sematkan di ingatan
yang kita pernah bersama
SELAMAT TINGGAL...

WARKAH JIWA

Wahai hati...Kesekian kalinya aku terkesima membaca bait merdumu... seperti mana pesona yang pernah menjerat indera kasihku di awal denting.Pernah kurembas bicara mitos di kala bintang jatuh lantaran doa-doa yang tiada pernah terjawab... kerana tiada nama yang dapat kulafaz di pohon munajatku. Dan tiada pernah kutagih rindu pada malaikat bersayap lembut di mercu langit... kerana tiada wajah yang dapat kuundang di layar lelap. Namun kini, harap itu seakan usai bila kutemui sebaris nama dan sebujur wajah... dalam satu kelongsong sepi di danau sukmamu.Sayangku hati…Sesungguh kutafsiri lara silammu. Kerana ingin kutadah titis airmatamu yang pernah tumpah, untuk dijadikan tinta menuliskanmu puisi. Walau cuma sepicisan puisi lara untuk kubacakan lewat sujud sunyimu. Sebelum kupilih bagaimana pahat yang memungkinkanku mengukir kembali senyum laratmu. Mengusir runtunmu pada dasar terdalam jengah… dan biar saja deru semilir menitipkanmu sejuta simfoni kegirangan.Kau harus mengerti hatiku...Telah disuratkanNYA untukku meneguk air berkelodak sebelum gerimis mula menitis. Tak pernah kukesalkan tentang itu… sekurangnya setiap teguk dusta dan ketidaksetiaan yang kini mengalir di uratan nadiku menjadi benih iltizam. Dan gerimis itu menjirus segar benihnya, untuk kuhadang segala ranjau almanak merentas kembara jauh.Hatiku...Takkan kuusulkan tentang semalammu kerana hanya kudambakan sinar mentari esokmu. Asal saja palit lumpur yang mungkin masih melekat di perca kainmu disucikan sekudusnya. Lumrah insani yang sepatunya sering tersadung pada akar-akar bergentayangan di sela rerumputan, dan bangkitlah! Berterima kasih pada khilaf lalu yang tak pernah lelah mengurui kita dengan penuh ketulusan.Sayangku hati...Kuyakini malam ini anak-anak bintang hinggap di atap mahligaimu... dan menitipkan sekeranjang rindu dariku. Kerana semua warkahmu kujadikan bantal tidur supaya kumerasa sentiasa dekat denganmu. Dan sungguh, naluriku menjerit lirih dalam keazaban menanggung dera sezalim ini. Percayalah hati...Walau cuma nyala dian yang mampu kujadikan penyuluh... sepanjang kita menyonsong gelita, kuyakini kerdip bintang akan menjadi kompas arah menjejak destinasi. Kuingin memeluk sisi bahagiamu... kerana hanya kau yang berhak atas jiwaku, atas cintaku. Setiap nafasku berseru, detik cepatlah berlari menuju musim semi bersalju.Lihat hatiku...Di bucu meja kamar ada kupu-kupu putih mengepak sayap sejuta rahsia. Dan kita ditakdirkan memaknainya....Atas nama cinta.

Mencari Cinta

Cinta.... Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tanganuntuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan duamata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintaikamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana pergi nya tanpa berpatah lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintai nya setulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.