Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

06 March, 2008

CiptaanMU


Andai ku Tahu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Nak kekal dalam bercinta





Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



05 March, 2008

The Poem of My Heart

Aku nukilkan sebuah puisi hati
atas kajang penuh makna ini
membawa terbang ke alam fantasi
membuka persoalan mendamba hakikat maknawi
pada kudusnya kehidupan
pada tulusnya perkasihan

Aku rautkan mata pena
aku tajamkan minda sastera jiwa
aku halusi firasat insan sejati
yang terkandung dalam roh sukmaku ini

Lalu...
tertancap wacana berkias
sarat rahsia kedap tersimpan
terawang-awangan, terbias-bias
kerana diri ini, diri Ar-Rahman
punya jawapan keampuhan
punya ketentuan keazalian
punya luahan untuk dilawas mapan

Pada Tuhan...siapalah aku yang hina
Pada dian...siapalah aku ini
Pada Al-Khalik...ku serahkan segalanya
Pada kekasih...ku butuhkan cintamu!

Dalam kembara kehidupan
dugaan,cabaran,kepahitan adalah asam garamnya
nikmat,kasih-sayang,kedamaian adalah roh kekuatan jiwa
Ku perhalusi langkah-langkah ini kembali
terpesongkah aku atau terujikah aku
Lalu ku bisikkan pada nurani...
"Menangislah...selagi sukma jiwamu
masih sarat bersalut duka derita!"

My Loving Flower


Kegembiraanku

Ketenanganku

Tangan Yang Indah

(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Set elah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam ha rinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

03 March, 2008

Balqish

KAREKTOR KELAHIRAN

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.