Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

23 July, 2008

Rindu


Assalamualaikum,
Salam untuk semua yang rindukan Qis.., maafkan qish, bukan niat qis untuk sembunyikan apa2 dari semua orang yang menyayangi Qish. Tak terlintas langsung. Qis tak nak susahkan sesiapapun... tak nak you all semua risaukan qis... setiap perhubungan yang Qish jalinkan adalah dari keikhlasan hati qish sendiri dan qish tak perlukan simpati dari semua. Sebab itulah qis lebih suka mendiamkan diri. Hari ini semua orang yang Qish sayang, rindu telahpun mengetahui apa yang berlaku pada qish.

Kak, Abang Zam
Sepanjang perkenalan kita kakaklah yang banyak memberi sokongan pada qis. Kasih sayang dari kakak qis tak akan Qish lupakan. Abang Zam terima kasih atas kata2 semangat dari abang. Kak, Qish tahu kakak amat risaukan qish... dengan tugasan pejabat kakak yang tak pernah bagi ruang untuk kakak rehat mahupun urusan keluarga kakak yang qish tahu masih belum selesai percaturannya. Maafkan qish kaka kerana menambahkan kekusutan di hati kakak.

Zal,
Qish tak ada niat langsung untuk menyembunyikan apa2 dari Zal. Maafkan Qish. Terima kasih kerana sudi menerima qish sebahagian dari hidup Zal. Qish tak nak risaukan Zal selama ini. Qis tak sampai hati nak tambahkan beban pada Zal.. dengan masalah company Zal...

Papa,
Perhatian dari papa telah mengingatkan kembali pada orang yang qish rindui. Thanks papa kerana sudi menerima qish sebagai anak papa.