Nur Balqish Aida A Razak, seperti tercatat di sijil kelahiran, dilahirkan di Jitra, Kedah. Selama 8 tahun di besarkan di rumah anak-anak yatim. Kehidupan yang penuh dengan serba kekurangan. Tapi berubah setelah diambil oleh sebuah keluarga yang kaya dari segala-galanya. Selama 18 tahun dilimpahi dengan penuh kasih sayang, dilimpahi dengan kemewahan. Kehidupan yang serba serbi lengkap. Perjalanan hidupnya mula berubah dari seorang anak kecil yang comot serta ketinggalan dari pelajaran telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Menjadi harapan sekolah bagi mengharumkan nama dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
Kasih sayang yang diberikan selama ini tidak disia-siakan. Kemewahan yang diberikan telah terbalas dengan lahirnya graduan UUM dan diikuti dengan UPSI. Tapi kegembiraan yang diberikan hanya untuk sementara telah dipulangkan dengan kembalinya Mama & Papa menghadap Illahi. Hiduplah Nur Balqish Aida bersama abang dan kakak yang tak pernah kurang memberikan kasih sayang.
Kini semuanya umpama mimpi bagi Nur Balqish Aida, kehadirannya dalam keluarga ini tidak disenangi. Kemewahan kasih sayang telah membuatkan dia menderita. Kakak yang disayangi telah mengikuti suami tercinta bertugas diluar, manakala abang pula terpaksa memilih isteri yang dicintai. Dan tinggallah Nur Balqish Aida membawa diri.
Cintanya pada Illahi telah membawa dirinya ke Pantai Timur. Mencurahkan ilmu didada untuk anak bangsa. Hanya itu yang ada dalam dirinya. Cinta pada manusia tidak mendapat restu hanya kerana keturunan yang menjadi pilihan. Alhamdulilah Nur Balqish Aida masih mempunyai pedoman hidup. Tidak kalah pada dugaan yang datang. Hanya kasih sayang dari Illahi yang dicari.
Kini anak bangsa menjadi teman, anak didik menjadi sahabat, bakal-bakal pemimpin menjadi kawan. Merekalah penawar dan mereka jugalah racun bagi Nur Balqish Aida. Kasih sayang duniawi tidak dicari lagi. Hanya ketentuan Illahi yang akan diterima. Kasih sayang yang dulu dilimpahi tidak pernah disesali. Hanya doa agar dipertemukan kembali menjadi harapan. Sesungguhnya itulah kasih sayang yang paling berharga buat Nur Balqish Aida.
Nur Balqish Aida, sedar akan siapa dirinya. Tidak mahu disalahertikan telah menolak dengan baik semua harta dunia yang telah diberikan kepadanya. Rela membazirkan masa selama 4 tahun hanya kerana ingin menjaga hati kakak ipar yang dihormati. Bidang pentadbiran impian Papa telah dipenuhi. Bukan bermaksud menderhaka tapi ingin menghormati. Kerjaya bidang terjun terpaksa diambil akhirnya lahirlah seorang guru, Nur Balqish Aida namanya.
Nur Balqish Aida, sedar akan siapa dirinya. Tidak sehebat Siti Khadijah, tidak sekuat puteri kesayangan Rasullulah, Fatimah. Setiap hari menghitung masa yang berlalu. Menghabiskan masa dengan membilang hari, bilakah tibanya hari itu….Nur Balqish Aida, dimana hala tujunya… dimana impiannya akan berakhir.
Teman
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks
31 March, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment