Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

22 June, 2008

Penghujung

Dipenghujng jalan ini
Kepuasan hati bukan hakiki
Dimana letaknya kegembiraan itu
Secebis kisah hitam bisa menggugat
Trauma dan fobia akan terus berpahat
Mencari dan terus mencari perlindungan dan kasih Mu
Aku bisa letih begini
Degupan jantung sudah tidak menentu
Akan bertahankah lagi
Atau itu suatu pertanda
Anugerah hidup akan ditinggalkan pergi
Menuju yang abadi
Dan itu menjadi persoalan
Dan aku masih belum bersedia
Menuju yang abadi
Dan suara hati terus berkata
Aku mahu hidup seribu tahun lagi
Akan tercapaikah impian itu
Atau hanya satu ilusi mainan nafsu
Yang menidakkan suratan azali
Sampai masanya kan pergi jua
Tinggallah segala dimiliki
Sebenarnya bukan hakiki

No comments: