Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

15 July, 2008

My Sense

Assalamualaikum....,
Abang Zam..., Sorry yea Qish nak ciplak penulisan abang... jangan marah eaaa... kalau marah kena jual heheheheh..... boring niiii....

"Usah bimbang apa yang berada di penghujung jalan. Susurilah lorong perjalanan kita dengan penuh keyakinan. Pasti sinar akan muncul atas ketentuan. Menerangi seluruh ruang fikiran dan perasaan"

Apa yang kita lalui tidak sama dengan apa yang kita lafazkan... perjalanan hidup ini yang berliku tidak sama dengan perjalanan yang kau lalui... tapi ku tahu penghujungnya tetap sama ... bertemu DIA yang SATU.

"Usah menyalahkan takdir atas lorong yang kita susuri. Takdir adalah dua ketetapan untuk kod kehidupan kita. Kita yang memilih lorong kanan atau kiri. Setiap lorong kita akan tetap diuji. Maka, terimalah ujian dengan fikiran, perasaan dan semangat yang waja"

Ujian yang diberi tetap diterima tapi adakah kita mampu untuk menerima dengan fikiran yang terbuka.... kita perlukan seseorang juga bagi menunjukkan jalan tersebut. Jika kita keseorangan arah yang dituju pasti terpesong.

"Kita selalu melihat diri kita melalui kacamata orang lain. Kita gagal untuk melihat diri kita sendiri. Lihatlah diri dari dalam dan bukan dari luar"

Kekuatan yang ada pada diri kita sering disalah tafsirkan... maka yakinlah pada diri kita agar dapat meneruskan perjuangan hidup ini dengan penuh keyakinan

"Kehidupan memerlukan imaginasi. Imaginasi akan memberikan kita semangat untuk terbang di awangan tetapi kaki masih berpijak di bumi nyata. Pasti kita akan menguasai ruang"

Kerana imaginasi itulah kita sering putus asa kerana ianya hanya mimpi yang kita cipta sendiri.

"Kehidupan kita memerlukan keseimbangan. Baik-buruk, suka-duka, gembira-sedih sentiasa berpasangan. Ianya sentiasa mengalir dalam darah kita. Hanya kefahaman untuk melihat "sesuatu disebalik sesuatu" akan membuat kita terus tersenyum melangkah ke hadapan"

No comments: