Malam telah larut. Diluar, hujan masih lebat membasahi bumi. Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam. Balqish masih seperti tadi. Dia menyendiri dalam kedinginan, memerhati kearah kerlipan cahaya neon yang berbalam didalam hujan. Jalur-jalur air yang menitis, turun memanjang dipermukaan tingkap menjadi santapan matanya. Sesekali jemari halusnya mencorakkan tulisan dan lukisan pada wajah cermin yang berkabus kerana cuaca yang sejuk. Waktu Balqish kecil-kecil dulu, kalau hujan sahaja, pasti Mama akan datang mencarinya. Pastinya Mama akan eratkan dakapan selimut tebal ketubuhnya. Tatkala guruh dan kilat bersabung dilangit, Mama tak pernah lekang mendakapnya hangat, mencairkan ketakutan yang membeku dalam dirinya. Tiba-tiba dia disapa rindu yang teramat. Mama, Balqish rindu. Balqish menarik langsir menutupi ruang jendela. Dia merapati meja tulis, pena yang terbaring diatas meja dicapai. Diloretkan diatas kertas kajang berwarna biru, warkah terakhir untuk Abang Long, Angah dan Haiqal. Disuarakan segala yang bersarang dilubuk hati. Terlalu hampir rasanya dirinya dengan noktah kehidupan.
"Qis jangan takut sayang, Mama ada sini, Qis tidur baik-baik ya," kucupan hangat dari bibir Mama melekat didahinya. Ketakutan yang beraja telah berjaya Mama hambat. Dia lena dalam dakapan kasih seorang Mama. Dia lena hingga matahari mula menyuluh alam, dia terjaga bila titis embun mula mengering dihujung daun. "Mama tu selalu sangat manjakan adik, bila lagi dia nak berdikari?" paginya yang ceria kembali suram tatkala mendengar kata-kata Abang Long. Dia hanya mematikan diri diatas tangga, menanti bait-bait ayat yang bakal dibahaskan berkenaan dirinya. "Adik tu kan kecil lagi, tak salah Mama temankan dia,"sambil sibuk menyediakan sarapan untuk Papa, Abang long, Kak ngah dan Haiqal, Mama tetap melayan Abang Long bersembang. "Kecil apa Mama, dah boleh jadi mak orang dah... dah besar," sampuk Kak Ngah. Balqish perhatikan sahaja dari anak tangga, betapa Abang long dan Kak ngah dan Haiqal manja dilayan Papa dan Mama. Rasa lapar Qis hilang, terbantut langkah Qis untuk menyertai mereka.
"Qis, mari cepat, kejap lagi bas sekolah sampai," Mama menggamit Qis dengan senyum manis. Langkah Qis agak perlahan, Qis tidak sanggup menghadap rezeki dengan rasa benci dari orang semeja. "Lewat lagi, hari-hari lewat, pemalas betul,dengus Abang Long. Qis tidak mengangkat wajah, Qis takut membalas pandangan benci wajah Abang Long. "Sudah, makanlah cepat, tak habis-habis nak berbalah," Mama menuangkan orange juice dalam cawan Qis. Mama suakan pinggan berisi nasi goreng depan Qis. "Makan Qis, nanti lapar dalam kelas,"sambil bercakap, Mama usap ubun-ubun kepala Qis. Lapang rasa dada Qis, sentuhan Mama berjaya mengambus kepiluan dalam jiwa Qis.
Hari ni semua pelajar datang kesekolah dengan ibu dan ayah masing-masing. Meja didalam kelas telah disusun ketepi, hanya kerusi disusun memanjang, supaya senang ibu dan ayah pelajar menanti giliran berjumpa guru. Qis masih lagi bersendirian. Papa dan Mama pergi kekelas Haiqal dulu. Ramai teman-teman Qis yang telah pulang dengan membawa report card masing-masing. Qis duduk menghadap pintu masuk, dengan harapan agar Papa dan Mama cepat sampai. Tinggal tiga orang sahaja lagi kawan Qis menanti giliran berjumpa dengan Cikgu Zul. Wajah Qis cerah, Mama yang memakai baju kurung pesak berwarna biru laut dan Papa bergaya dengan kemeja batik melangkah masuk dengan senyum. Qis menerpa kearah Mama, Qis salam dan cium tangan Mama, macam biasa-biasa yang Qis lakukan. Qis menarik tangan Mama dan Papa kesebuah kerusi berhampiran. "Balqish," Cikgu Zul memanggil. Qis bangun, berpimpin tangan Papa dengan mama. "Anak puan ni pandai. Akademiknya bagus, cuma dia agak kurang aktif dalam aktiviti sukan,"Cikgu Zul meneliti report card Qis. "Dia tak berapa sihat cikgu, doctor menyarankan agar dia tak berapa aktif, sebab dia ada asma,"jelas Mama, Qis tahu mama sembunyikan Sesuatu dari Qis. Cikgu Zul sudah sedia maklum tentang masalah kesihatan Qis. Cikgu Zul sekadar mengangguk. "Tahniah Balqish, awak berjaya lagi, nombor satu tu macam kepunyaan awak seorang,"Cikgu Zul senyum, Mama dan Papa membalas senyum Cikgu Zul dengan perasaan senang. "Terima kasih cikgu, ini semua kerana dorongan guru-guru dan kerjasama kawan-kawan,"balas Qis merendah diri.
Hari itu, Qis pulang sekolah awal, pulang dengan Mama dan Papa dan juga Haiqal.
"Anak manja Mama dapat nombor berapa?" Abang long menegur. Ada riak cemburu dalam matanya. "Macam biasalah,"balas Mama ceria. "Alah, nasib baik aje tu," cebik Haiqal pula. "Isk, jangan cakap begitu, anak-anak Mama, semuanya pandai-pandai. Along dah angah pun dapat nombor 5 kebawahkan, Haiqal pun sama Mama bangga dengan semua anak Mama,"Mama mendekati Abang long dan Haiqal yang sedang menonton televisyen. Qis tak nampak abah, mungkin berada didalam bilik, sedang tidur barangkali. Kak Ngah pula entahlah kemana menghilang. "Mama, Qis naik dulu ya," Qis lebih senang memerap dengan buku-buku didalam bilik. Jarang sekali Qis berkumpul dengan ahli keluarga lain diruang tamu. Qis tahu kehadiran Qis tidak dialu-alukan. "Iyalah, nanti lepas solat zuhur, turun makan ya," Mama sempat berpesan.
Qis dan Haiqal masuk tingkatan 3 tahun ini, Abang long dan Kak ngah pula dah tamat sekolah. Abang long berjaya menginjakkan kaki ke Universiti of Northingam selepas tamat SPM, Kak Ngah pula bejaya memasuki UUM, Sintok, Tahun ini, adik bertungkus lumus untuk menghadapi PMR. Adik agak tenang, kerana Abang long dan Kak Ngah tiada dirumah Cuma Haiqal je sesekali pulang kerumah dia lebih suka tinggal di asrama. Manakala Qis tidak dibenarkan kerana masalah kesihatan kata Mama. Qis akur coz Qis sayangkan Mama. Qis bebas bermanja dengan Mama, Qis riang duduk disetiap inci manapun ruang dalam rumah banglo dua tingkat itu. Papa masih macam dulu, kurang bercakap kalau bersama dengan Qis, tapi Qis tahu Papa sayang Qis. Papa tak pernah susut menghulurkan duit belanja untuk Qis apalagi memberi hadiah setiap kejayaan Qis dan juga sentiasa mengingati ulangtahaun kelahiran Qis. Papa masukkan Qis ke kelas tuisyen, Papa hantar Qis kekelas mengaji Quran, Qis tahu, Papa sayang Qis. Cuma Papa tidak banyak mulut kalau bersama Qis, tidak macam bersama Haiqal cukup banyak bicara. Kadangkala, Qis terfikir, apa salah Qis. Dimana kurangnya Qis berbanding along, angah dan Haiqal. Adakah kerana Qis lahir dalam suasana yang salah? Agaknya Qis ni terlalu menyusahkan bagi mereka. Qis tak mahu fikirkan sangat, kalau Qis fikir banyak, kepala Qis sakit, dada Qis juga akan sakit.
Qis rasa hari berganjak terlalu cepat, Qis telah berjaya dalam spm. 9A1, mamalah manusia paling gembira manakala Haiqal Cuma dapat 8A1 dan 1A2. Mama kucup wajah Qis, Mama peluk Qis kemas dalam dakapan. Mama tak sudah-sudah memanjatkan syukur kehadrat ilahi. Qis menangis dalam pelukan Mama. Qis menangis kerana usaha Qis berhasil. Qis menangis kerana papa ucap tahniah, pertama kali dalam hidup Qis, papa tampil mengucap kalimat berharga itu. Walau ucapan papa dalam nada agak dingin, mungkin kerana papa tak biasa mengucapkannya, Qis cukup rasa seronok. Qis seronok hingga menitiskan air mata. Qis terlalu gembira dengan sepotong ayat dari papa, "tahniah Qis," Qis cukup terharu.
Qis tak boleh bermanja-manja lagi dengan Mama. Qis mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UUM. Qis terpaksa berjauhan dengan Mama. Qis korbankan kasih sayang Qis demi memenuhi tanggungjawab Qis sebagai pelajar. Qis jarang balik kerumah. Qis tak mahu along dan angah kata Qis menghabiskan duit dengan tambang pergi balik. Qis tidak sanggup mendengar sindiran tajam dari mereka. Tapi, Qis ada alasan yang lebih kukuh.
"Mama lebih sayangkan anak angkat dari anak sendiri,"sewaktu melintasi bilik Mama, Qis terdengar along bercakap dalam nada kasar. Qis berhenti seketika, anak angkat? Siapa anak angkat? "Mama sayang semua anak mama sama rata. Bagi Mama, Qis dah umpama anak kandung mama sendiri," sayu suara mama singgah ditelinga Qis. Qis hampir terduduk, lutut Qis lemah, tulang Qis rasa rapuh, badan Qis hampir tidak dapat diampu lagi. "Apa yang Qis nak, mesti dapat, along minta sikit aje dari mama, semua mama kata akan bincang dengan papa," Qis benci mendengar along berkasar dengan mama. Qis tak suka hati mama dicalari, lebih-lebih lagi kerana Qis. "mama tak ada duit sebanyak itu, along mintalah dengan papa, Mama pasti papa pasti bagi. Lagipun, buat apa along nak pakai kereta, alongkan baru aje kerja, motor tu pun baru lagi," Qis tidak menanti lama. Qis tak mahu tahu apa yang dibicarakan oleh Mama dan along. Pokoknya sekarang, Qis dah tahu bahawa selama ini Qis dicemuh kerana Qis hanya anak angkat. Terurai sudah segala persoalan dikepala Qis sejak bertahun dulu. Qis tahu kini mengapa Qis tidak diterima disebagai ahli keluarga, Qis mengerti mengapa Qis dilayan sebegitu rupa. Qis hanyalah anak angkat. Patutlah Qis ada sedikit perbezaan dengan along dan angah. Kulit Qis agak cerah, rambut Qis pula beralun dengan warna keemasan, tidak hitam dan lurus seperti along, angah dan Haiqal. Patutlah terdapat kelainan yang ketara antara Qis dan Haiqal yang dianggap sebagai kembar. Tapi mama kata, tak semestinya adik beradik kena sama. Dalam sentandan kelapa, tak semuanya sama. Ramai lagi orang lain adik-beradik rupa tak sama. Qis percaya, Qis lupakan sahaja persoalan itu. Hari ini, Qis telah mengetahui kisah sebenar. Sampai hati mama merahsiakan dari Qis. Kalau Qis tahu dari awal, Qis tak akan melebih-lebih mengharap kasih mama. Qis tidak akan bermanja dengan mama hingga along, angah dan Haiqal cemburu.
Mama menangis bila Qis persoalkan status Qis. Qis rasa berdosa buat Mama menitiskan air mata. Tapi Qis perlu tahu, Qis mahu segala yang samar diperjelaskan. Qis tidak mahu hidup dalam kekeliruan. "Qis, Mama sayang Qis macam anak kandung mama," mama peluk Qis. Bahu Qis basah dengan air mata mama. "Qis tahu, terima kasih mama," Qis turut menangis, malang sungguh hidup Qis, dah lah terbuang, hidup menumpang pula tidak disukai orang. "Mama jumpa Qis depan pintu pagar. Masa tu mama nak pergi pasar, mama jumpa Qis dalam balutan kain batik. Mama pujuk papa, Mama rayu papa agar ambil Qis sebagai anak angkat,"hati Qis tersayat luka. Sampai hati ibu Qis membuang Qis. Dari lembah manakah Qis dilahirkan? Dari salur manakah Qis tercipta? "Mama ceritakan pada along dengan angah bila mereka dah mula faham. Mama mahu mereka sayang Qis seperti adik sendiri,". Tapi Qis tak diterimakan Mama? Qis tahu, siapalah Qis, entah dari mana asal usul, entah darah dalam badan Qis ini bersih ke kotor. Qis tak salahkan along, angah dan Haiqal kalau mereka membenci Qis. "Qis, jangan tinggalkan Mama, Mama tak boleh berpisah dengan Qis,"rayuan mama membuatkan hati Qis bertambah sedih. Alangkah bahagianya Qis kalau mama adalah mama kandung Qis. Bersyukur teramat Qis kerana dipertemukan dengan Mama, Mama yang pengasih, Mama yang penyayang. "Qis janji, Qis akan sayang Mama, kasih sayang Qis tak akan tersukat dengan luasnya lautan, tak akan dapat diukur dengan tingginya gunung atau banjaran,"Qis cium wajah Mama.
Teman
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks
29 July, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment