Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

31 July, 2008

Cerita Sang Puteri 2

Qis akan meneruskan pengajian Qis, matlamat Qis hanya satu, Qis nak lulus. Qis nak hadiahkan kejayaan Qis untuk Papa & Mama. Satu-satunya insan dimuka bumi ini yang sudi mengasihi Qis seikhlas-ikhlasnya. Qis selalu diserang asma, tapi Qis biarkan. Qis tidak mahu khabarkan pada Mama, Qis tak mahu mama susah hati. Kepala Qis pun selalu sakit, Qis diamkan juga. Bagi Qis, Qis sakit kepala kerana migraine, kerana terlalu banyak membaca, kerana Qis gila study. Qis pendamkan rasa sakit dan Qis hanya akan menelan panadol, selebihnya, Qis jadikan mama sebagai penawar segala penyakit. Qis akan call mama, bercerita dengan mama, Qis akan luahkan segala rasa kasih Qis atas muka kertas, Qis coretkan betapa bahagia Qis ditanah Sintok ini. Segala khabar Qis adalah yang indah-indah dan baik-baik belaka. Qis mahu mama senang hati, Qis mahu mama bahagia. Qis bariskan pelbagai alasan bila mama tanya kenapa Qis tak balik bercuti. Qis senaraikan aktiviti yang Qis kena ikuti untuk menambah point permarkahan gred Qis. Mama memujuk Qis untuk pulang sehari dua. Qis berjanji akan pulang, Qis akan pulang juga satu hari nanti. Mama hanya perlu tunggu. Berdosakah Qis mama. Ampunkan Qis. Qis sayangkan mama.
Kesakitan Qis rasanya telah meruncing. Dihari akhir peperiksaan terakhir, Qis pengsan dalam dewan peperiksaan. Qis dikejarkan ke hospital. Qis didapati menghidap barah, peringkat akhir. Qis minta doctor rahsiakan, Qis merayu doctor agar jangan diberitakan perkara tersebut kepada ahli keluarga. Qis akan khabarkan sendiri berita itu pada mereka. Qis sebenarnya tak mahu mama menangis lagi. Cukuplah tangisan umi yang lepas-lepas sewaktu mempertahankan Qis dirumah itu. Qis tak mahu mama terluka lagi. Pada mama, Qis memberitahu, Qis dapat tawaran kerja yang baik dibumi Kedah. Qis akan balik bila ada cuti, ada sendu pada suara mama. Maafkan Qis mama, Qis sebenarnya kena menjadi tetamu hospital. Qis harus menjalani rawatan. Qis tak mahu mama lihat badan Qis yang susut, Qis tak mahu mama menangis melihat kesan jarum suntikan dilengan Qis. Qis tak mahu melihat umi sedih. Qis harus kuat menghadapi derita ini, kerana itu Qis tak mahu melihat derai air mata mama, kerana air mata mama hanya akan merobohkan kekuatan Qis.

Assalamualaikum,
Buat tatapan Mama dan Papa yang tercinta,
Ma, Pa, terlebih dahulu, ampunkan Qis kerana tidak dapat berjumpa dengan mama dan papa seperti yang mama hajatkan. Qis tetap pulang, cuma pulang dengan jasad, tanpa roh dan nyawa. Kesatlah air mata tu mama, Qis tak tahan tengok mama menangis. Mama sayang Qiskan, mama jangan marah Qis kerana tidak pulang kepangkuan mama dengan segera.
Mama, maafkan Qis kerana tidak memberitahu perkara sebenar dari awal. Qis tak mahu, dengan pendedahan penderitaan penyakit ini, Abang Long, Kak Ngah dan Haiqal akan menuduh Qis sengaja memancing perhatian Mama dan Papa.
Mama, Qis terlalu rindukan mama. Qis rindu kucupan hangat mama, Qis rindu untuk tidur dalam dakapan kasih mama. Qis rindu untuk menatap wajah bersih mama, senyum manis mama, Qis rindu belaian lembut mama.
Mama, Qis sakit. Qis terlalu derita mama. Perit mama, Qis dah tak tahan lagi. Ubat yang doctor bagi pahit, tak seenak masakan mama, tak sesedap tart nanas kegemaran Qis yang mama selalu buatkan, tidak seenak kek coklat yang mama sediakan untuk Qis. Pagi tadi, Qis pergi hospital lagi, doctor beri Qis suntikan, hancur lengan Qis dengan tosokan jarum, mama. Qis ingin menangis, Qis ingin merayu kepada doctor agar jangan cucuk tubuh badan Qis. Qis tak sanggup lagi. Telah bertiup darah dari urat Qis doctor ambil.Kalau masa kecil dulu, mama ada untuk tuamkan lebam dilengan Qis, kini Qis sendiri, menghadapi segalanya seorang. Memang patut pun begitukan mama, bukankah Qis sebenarnya hanya sendirian dimuka bumi ini. Bukankah dari awal lagi Qis telah terbuang, Qis tidak diterima sesiapa.

Mama, Qis ingin meminta pertolongan mama. Qis tahu, hanya pada mama Qis dapat hamparkan secebis harapan. Qis tak punya sesiapa, Qis hanya ada mama. Satu-satunya insan yang Qis sayang, yang Qis kasih dan Qis junjung cinta hingga kehujung nyawa Qis.

Mama, Qis minta, sampaikanlah salam Qis, salam penuh kasih sayang, salam yang sarat dengan penghargaan dan terima kasih, buat papa, Abang long, Kak angah dan Haiqal. Mama, khabarkan pada mereka, Qis terlalu kasihkan mereka. Beritakan pada mereka, Qis tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau rasa marah dihujung hati ini terhadap mereka. Yang ada dalam hati Qis, hanya rasa kasih, sayang dan cinta yang tak pernah padam walaupun telah ditiup dengan pelbagai tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian. Qis tetap anak mama yang mama susukan sejak kecil, mama tetap mama yang pemaaf, pengasih dan penyayang.
Mama, jelaskan pada mereka, Qis telah ampunkan segala ketelanjuran mereka, samada bicara atau perbuatan mereka terhadap Qis. Qis faham, kehadiran Qis telah merampas kemakmuran dan kebahagiaan mereka. Qis mengerti, perbuatan mereka didorong rasa terancam dengan kehadiran Qis.
Mama, katakan pada Papa, Qis terlalu menghormatinya. Tanpa papa, Qis tak akan belajar sampai pandai.Cuma, Qis tak sempat menghadiri konvokesyen, Qis tak sempat mendengar ucapan yang teramat Qis rindu dari bibir papa, "tahniah Qis". Qis harap papa akan tetap ucapkan tahniah, walau tanpa Qis didepan abah. Tanpa papa, Qis tidak mampu berdikari diatas kaki sendiri. Hulurkan salam peluk cium dari Qis untuk papa. Sujud sembah ampun Qis untuk papa, rayulah bagi pihak Qis mama, agar papa halalkan segala makan, minum dan perbelanjaan papa dalam membesarkan Qis.

No comments: