Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

07 November, 2008

Kayakinanku

KEYAKINANKU…..
Ke manakah keyakinanku,
Adakah hilang dalam maya,
Hilangnya keyakinanku…..
Diibaratkan hilangnya semangatku,
Bagaikan burung patah sayap,
Kembalikan lah keyakinanku,
Untukku menempuh dugaan hidup ini.
Tapi keyakinan ku telah hilang,
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku perlu bangkit semula
Kerana perjuanganku belum selesai
Tapi mampukah aku….
Jika keyakinan telah kembalikan,
Aku takut hilang pedoman,
Kerana terlalu yakin,
Akhirnya aku juga yang hilang arah tujuan.
Aku perlu kuatkan diri,
Tabahkan hati,
Demi keluarga dan insan yang ku sayang,
Jika tidak…
Pasti mereka kecewa dengan sikapku,
Ya Allah,Kau tetapkanlah keyakinan dalam diriku,
Akan ku bina benteng keimanan,
Agar aku dapat meneruskan hidup ini
Tanpa rasa takut dan kecewa…

No comments: