Buat Tatapan seseorang yang banyak membantu dalam hidupku.
Cabaran hidup yang sentiasa mencabar..... bukan senang nak membahagiakan orang yang kita sayang dan bukan susah untuk kita melaksanakannya. HIDUP mesti diteruskan walaupun kita tahu masanya hampir tiba.
Abang...., terima kasih di atas bimbinganmu... tapi mampukah aku membahagiakan serta mengembirakan dirimu buat kali terakhir.
Terima kasih bang. Akan ku kenang jasa-jasa serta nasihat darimu.

07 November, 2008

WARKAH JIWA

Wahai hati...Kesekian kalinya aku terkesima membaca bait merdumu... seperti mana pesona yang pernah menjerat indera kasihku di awal denting.Pernah kurembas bicara mitos di kala bintang jatuh lantaran doa-doa yang tiada pernah terjawab... kerana tiada nama yang dapat kulafaz di pohon munajatku. Dan tiada pernah kutagih rindu pada malaikat bersayap lembut di mercu langit... kerana tiada wajah yang dapat kuundang di layar lelap. Namun kini, harap itu seakan usai bila kutemui sebaris nama dan sebujur wajah... dalam satu kelongsong sepi di danau sukmamu.Sayangku hati…Sesungguh kutafsiri lara silammu. Kerana ingin kutadah titis airmatamu yang pernah tumpah, untuk dijadikan tinta menuliskanmu puisi. Walau cuma sepicisan puisi lara untuk kubacakan lewat sujud sunyimu. Sebelum kupilih bagaimana pahat yang memungkinkanku mengukir kembali senyum laratmu. Mengusir runtunmu pada dasar terdalam jengah… dan biar saja deru semilir menitipkanmu sejuta simfoni kegirangan.Kau harus mengerti hatiku...Telah disuratkanNYA untukku meneguk air berkelodak sebelum gerimis mula menitis. Tak pernah kukesalkan tentang itu… sekurangnya setiap teguk dusta dan ketidaksetiaan yang kini mengalir di uratan nadiku menjadi benih iltizam. Dan gerimis itu menjirus segar benihnya, untuk kuhadang segala ranjau almanak merentas kembara jauh.Hatiku...Takkan kuusulkan tentang semalammu kerana hanya kudambakan sinar mentari esokmu. Asal saja palit lumpur yang mungkin masih melekat di perca kainmu disucikan sekudusnya. Lumrah insani yang sepatunya sering tersadung pada akar-akar bergentayangan di sela rerumputan, dan bangkitlah! Berterima kasih pada khilaf lalu yang tak pernah lelah mengurui kita dengan penuh ketulusan.Sayangku hati...Kuyakini malam ini anak-anak bintang hinggap di atap mahligaimu... dan menitipkan sekeranjang rindu dariku. Kerana semua warkahmu kujadikan bantal tidur supaya kumerasa sentiasa dekat denganmu. Dan sungguh, naluriku menjerit lirih dalam keazaban menanggung dera sezalim ini. Percayalah hati...Walau cuma nyala dian yang mampu kujadikan penyuluh... sepanjang kita menyonsong gelita, kuyakini kerdip bintang akan menjadi kompas arah menjejak destinasi. Kuingin memeluk sisi bahagiamu... kerana hanya kau yang berhak atas jiwaku, atas cintaku. Setiap nafasku berseru, detik cepatlah berlari menuju musim semi bersalju.Lihat hatiku...Di bucu meja kamar ada kupu-kupu putih mengepak sayap sejuta rahsia. Dan kita ditakdirkan memaknainya....Atas nama cinta.

No comments: